SEBUTHARGA/UNDI JALAN

Ditulis pada .

 

 

PEJABAT JURUTERA DAERAH

JKR DUNGUN

 

KENYATAAN SEBUTHARGA JALAN 

 

1.             Kontraktor-kontraktor Gred G1 Kategori CE Pengkhususan    CE20  yang berdaftar  dengan Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)  yang masih dibenarkan membuat  kerja-kerja  sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga di bawah ini:-

 

Tajuk Sebutharga

SH/JKRD/J13/2018  -  Pengkhususan CE20

Kerja-Kerja pengalihan semula saluran paip air di FT 2685, SEC 12, Jalan AMBS - Pasir Raja, Dungun, Terengganu serta kerja-kerja berkaitan.

Taraf/Jenis Syarikat

 Bumiputera.

Gred CIDB, Kategori, Pengkhususan

 Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, Gred G1 Kategori CE Pengkhususan CE20

Tempat

 Bahagian Kontrak JKR, Dungun 

Tarikh Jual & Harga Dokumen

 Mulai 15/07/2018 hingga 22/07/2018 dengan bayaran tunai sebanyak RM10.00

Masa & Waktu

               Ahad hingga Rabu                                                     Khamis

    (08.30 Pagi hingga 12.30 Tengahari)             (08.30 Pagi hingga 12.30 Tengahari)

    (02.15 Petang hingga 04.30 Petang)              (2.15 Petang hingga 03.00 Petang)

 

2.       Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah membawa Sijil Asal Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputra (PKK). Bayaran borang sebutharga hendaklah  dibayar secara tunai.

 

4.        Borang sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Dungun tidak lewat dari jam 12.00 tengahari,  23.07.2018. (ISNIN).   Borang Sebutharga tidak akan dijual pada tarikh tutup sebutharga.