HAD NILAI SEBUTHARGA

HAD NILAI SEBUTHARGA

 

Had Nilai Sebut Harga

 

Sebut  Harga  hendaklah  dipelawa  bagi bekalan,  perkhidmatan dan  kerja tertakluk kepada  nilai seperti  berikut:-

 

Perolehan Bekalan/Perkhidmatan

 

Tertakluk   kepada   para   4 dan  5 SPP  Bil.  5 Tahun   2009, perolehan bekalan/perkhidmatan ditetapkan seperti  berikut:

 

a.         Perolehan       bekalan/perkhidmatan     yang      bernilai      melebihi RM50,000  hingga   RM100,000   hendaklah    dipelawa    secara sebut     harga     di     kalangan     sekurang-kurangnya    lima     (5) pembuat/pembekal tempatan bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan         Kementerian    Kewangan     dalam    kod    bidang    yang berkaitan.

 

b.        Perolehan       bekalan/perkhidmatan     yang      bernilai      melebihi RM100,000  hingga   RM500,000  hendaklah    dipelawa   secara sebut     harga     di     kalangan     sekurang-kurangnya    lima     (5) pembuat/pembekal   tempatan   yang   berdaftar   dengan Kementerian Kewangan  dalam  kod bidang  berkaitan. Sebut  harga hendaklah     terbuka       kepada       pembuat/pembekal      bertaraf Bumiputera dan  Bukan Bumiputera. Syarikat  pembuat/pembekal bertaraf     Bumiputera    hendaklah      diberi     keutamaan    harga berdasarkan SPP yang berkuat  kuasa.

 

c.     Maksud   pembuat/pembekal   tempatan  bagi  perolehan  bekalan dan   perkhidmatan  adalah   pembuat/pembekal   yang   berdaftar dengan kementerian kewangan dan di negeri berkaitan dan sekiranya bilangan di negeri berkenaan tidak mencukupi, di negeri berhampiran/sempadan boleh dipelawa.

 

Perolehan Kerja

 

a.         Perolehan  kerja-kerja  kecil atau  pembaikan yang tidak  mengubah struktur     asal    dan    yang    tidak    mempunyai    Jadual     Kadar Kejuruteraan Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM200,000 hendaklah  dipelawa  secara  sebut  harga  di kalangan sekurang-kurangnya lima  (5)  kontraktor tempatan Kelas F yang berdaftar  dengan   Pusat  Khidmat   Kontraktor  (PKK)  di  bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan  dan Lembaga  Pembangunan Industri   Pembinaan   Malaysia   (LPIPM/CIDB)   dalam   gred   dan kategori  yang berkenaan.

 

b.     Perolehan    kerja   yang   bernilai   melebihi   RM200,000  hingga RM500,000 hendaklah  dipelawa  secara  sebut  harga  di kalangan sekurang-kurangnya lima  (5)  kontraktor tempatan Kelas E yang berdaftar  dengan   PKK  di  bawah   kepala   dan   sub  kepala  yang berkaitan    dan   LPIPM/CIDB   dalam    gred    dan   kategori    yang berkenaan.

 

c.     Semua     perolehan    kerja     elektrik     yang     bernilai     melebihi RM50,000  hingga   RM500,000   hendaklah    dipelawa    secara sebut  harga  di kalangan  sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor elektrik  tempatan  yang  berdaftar  dengan   PKK  di  bawah   kelas elektrik yang berkaitan  dan LPIPM/CIDB dalam  gred dan kategori yang berkenaan.

 

d.     Maksud    kontraktor   tempatan   bagi    perolehan   kerja    untuk kontraktor Kelas F adalah  kontraktor yang berdaftar dengan  PKK di daerah  berkenaan dan  LPIPM/CIDB. Sekiranya  bilangan kontraktor di  daerah   berkenaan  tidak  mencukupi  kontraktor  di daerah   berhampiran/sempadan  boleh   dipelawa.  Maksud kontraktor tempatan bagi perolehan kerja untuk  kontraktor Kelas E  adalah   kontraktor  yang   berdaftar  dengan    PKK  di   negeri berkenaan dan  LPIPM/CIDB.    Sekiranya  bilangan  kontraktor  di negeri berkenaan tidak mencukupi kontraktor di negeri berhampiran/sempadan boleh  dipelawa.

 

e.     Agensi  dibenarkan  untuk   melaksanakan   perolehan  secara  pakej merangkumi kerja induk  dan  kerja yang lazimnya dipelawa  secara Wang Kos Prima seperti  kerja-kerja mekanikal dan elektrik.  Walau bagaimanapun, Agensi hendaklah  mensyaratkan kontraktor induk melantik  subkontraktor yang  berdaftar dengan  PKK dalam  kelas,

 

kepala dan  sub kepala  yang bersesuaian  serta  LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori  yang berkaitan.

 

Dalam   menentukan   kaedah    perolehan   secara    sebut    harga,    Agensi hendaklah   mengambil   kira  nilai  perolehan  tahunan  atau   nilai  kontrak. Agensi  adalah  dilarang   memecah  kecilkan  perolehan  bekalan, perkhidmatan atau  kerja bagi mengelakkan  pelawaan  sebut  harga/tender.

 

Bilangan Pengunjung

Hari IniHari Ini9
SemalamSemalam25
Bulan iniBulan ini876
Semua HariSemua Hari36979