MAJLIS JASA MU DIKENANG

Ditulis pada .

 

MAJLIS JASA MU DIKENANG JKR DUNGUN 

(BERTUKAR DAN BERSARA)

 

Gambar kenangan bersama Jurutera Daerah En. Mat Yuna Bin Haji Daud bersama pegawai JKR Dungun.

 

8 Disember 2016, Bertempat di Dewan Utama JKR Dungun telah berlangsung Majlis Jasa Mu Dikenang bagi meraikan En. Mat Yuna Bin Haji Daud, Jurutera Daerah yang akan bertukar dan mengalukan  kedatangan Puan Eliza Sufinah Binti Mat Sepin, Jurutera Daerah yang baru.Majlis diaraikan secara ringkas tetapi meriah dengan kehadiran seluruh kakitangan JKR Dungun.

 

Ucapan Dari Jurutera Daerah En. Mat Yuna B. Hj. Daud.

 

Penyampai hadiah cederahati dari Jurutera Daerah Baharu Pn. Eliza Sufinah Binti Mat Sepin kepada Mantan Jurutera Daerah En. Mat Yuna Bin Haji Daud.

 

Turut diraikan pada majlis ini adalah kakitangan JKR Dungun yang telah bersara tahun 2016. Mengakhiri majlis ini, Mantan Jurutera Daerah, En.Mat Yuna Bin Haji Daud menyampaikan cenderahati kepada kakitangan JKR Dungun yang bersara.

 

Cederahati kepada pesara.

 

 

 

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JKR TERENGGANU 2016

Ditulis pada .

 

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JKR TERENGGANU TAHUN 2016

               

 

Kuala Terengganu, Bertempat di Wisma Darul Iman, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 18 Oktober 2016. Untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kali ini, sebanyak tujuk (7) pasukan KIK yang telah mengambil bahagian iaitu lima (5) Kategori Teknikal dan dua (2) Kategori Pengurusan. Majlis perbukaan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Negeri Terengganu Ir.Ab. Hamid Bin Md. Daud.

Dalam Konvensyen tersebut, Kumpulan JITU DESIGN dari JKR Dungun telah dinobatkan sebagai  Johan Kategori Teknikal dengan ciptaanya JITU D-BLOCK.

 

KUMPULAN JITU DESIGN

Dari Kiri, Mohd Nazlin Nawi, Mohd Suhaidi Abas, Mohd Alhafis Razilah, Nurul Hafizah Mohd Ramli, Azhar Yusof, Mohd Zainuddin Muda, Mohd Syafiq Izwan Sulong, Mohd Yusof Bakar.

MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2016

Ditulis pada .

 

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016

 

 

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 telah diadakan pada 27 dan 28 September 2016 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

Konvensyen kali ini untuk memberi perhargaan dan periktirafan di atas sumbangan kakitangan KIK dalam menyumbang idea dan penyelesaian di dalam memberi perkhidmatan terbaik.

Kumpulan JIRU DESIGN dari JKR Dungun telah memenagi Anugerah Juri untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada kali ini.