LATAR BELAKANG JKR DUNGUN

Ditulis pada .

 LATAR BELAKANG JABATAN

 

 

PENGENALAN ORGANISASI

Jabatan Kerja Raya Terengganu adalah sebuah jabatan di  bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang bertanggungjawab ke atas projek-projek untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 

Ia juga merupakan sebuah jabatan yang memberi khidmat kepakaran teknikal kepada Kerajaan Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain.

 

Jabatan Kerja Raya dipertanggungjawabkan bagi merialisasikan aspirasi kerajaan dalam mempertingkatkan mutu infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam serta fasarana yang lain seperti jalan, bangunan dan lain-lain.

 

 

 

 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Sekitar tahun 1950 dan 1960-an seorang  jurutera  berbangsa Inggeris memberi input (idea) yang baik kepada masyarakat Melayu yang mundur dan tinggal di kampung dengan memberi moto “ Jasa Kepada Rakyat”.

 

Penubuhan JKR Dungun adalah pada tahun 1920-an tetapi masih tidak sahih kerana ia adalah secara lisan oleh orang-orang lama. Di kenali sebagai Public Works Department (PWD). Nama tersebut sangat relevan dengan fungsi serta tugasannya yang memberi dan membina kemudahan kepada rakyat secara umum.

 

Orang Inggeris membawa para jurutera dari Britain untuk dilantik sebagai Executive Engineer, Pentadbir Daerah, Perancang Bandar serta Perancang Ekonomi di setiap daerah Tanah Melayu termasuk daerah Dungun.

 

Bangunan Pejabat PWD dibina oleh orang Inggeris sekitar tahun 1938 bersebelahan dengan Balai Polis Daerah Dungun dan berhadapan dengan Pejabat Perhutanan Daerah Dungun (sekarang Pejabat Belia dan Sukan) menempatkan Bahagian Bengkel Jentera Berat, Bengkel Tukang Kayu, Bengkel Tukang Jalan dan Stor selain menyimpan kenderaan utama seperti lori jenis Albion, U-Clicks, Scrappers, Graders, Shovers, Bulldozers, Rockers dan sebagainya.

 

Pada tahun 1926 dengan nombor siri PWD 1 projek pertama dibina adalah Pejabat Daerah Dungun menelan kos RM5,446.76 terletak di Jalan Besar berhadapan dengan Padang Astaka dan seterusnya membina Pajabat Tanah, Majlis Jemaah Bandaran dan sebagainya.

 

Pada tahun 1927 dengan nombor siri PWD 2 Pejabat Kastam terletak di Tanjung Kuala Dungun bersebelahan dengan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) menelan kos RM1,544.20. Pembinaan sebuah Rest House (Rumah Rehat) beratapkan nipah digunakan oleh pembesar Inggeris pada tahun 1923 dengan nombor siri PWD 4. Terletak bersebelahan dengan Pejabat Belia dan Sukan (telah diroboh untuk dibina bangunan NGO’s iaitu Majlis Kebajikan Malaysia Cawangan Dungun).

 

                   Pada tahun 1936, Hospital Dungun dibina di hadapan Balai Polis menempatkan bangunan dispensary (tempat membancuh ubat), kuarters Dressers, wad lelaki dan wad wanita di sebelah pantai. Dan tahun yang sama sebuah Sekolah Melayu Dungun dibina terletak di Jalan Pak Dagang beratapkan nipah dan bertiangkan simen dua tingkat.

 

Pada tahun 1937, Pasar Besar Dungun (Pasar Bulat), Pejabat Pos, Balai Polis dan Government Club atau Kelab Kerajaan dibina pada tahun yang sama.

 

     Pada tahun 1938, sebuah bangunan PWD dibina dengan kosnya RM610.00 sebagai Pejabat PWD sehingga tahun 1963 sebelum berpindah ke tapak Pejabat JKR sekarang.

 

Pada tahun 1926, Balai Polis Merchang dibina disebabkan dahulunya Merchang di bawah pentadbiran PWD Dungun. Manakala pada tahun 1949 Balai Polis dan berek Kampung Batu Lima dibina.

 

Pembangunan Daerah Dungun mula berpesat pada tahun 1950-an. Pada tahun 1953 Pejabat Agama Daerah Dungun (Pejabat Kadi) dibina di Kampung Sungai Udang iaitu bersebelahan dengan Masjid Sungai Udang dan Bangunan Fire Brigde (Balai Bomba dan Penyelamat) di Kampung Tengah Sungai Penaga.

 

Pada tahun 1956, orang Inggeris membina sebuah sekolah menengah iaitu Dungun Secondary School (DESS) disebabkan orang Mleayu tidak berpendidikan tinggi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan.

 

Pada tahun1957, Dungun Court House (Mahkamah Majistret) dibina bernombor siri PWD 161 merupakan beka stapak Stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Jalan Tambun bersebelahan Pejabat Daerah.

 

Pada tahun 1960, Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Dungun dibina bernilai RM120,920 (sekarang Majlis Daerah Dungun). Pada tahun 1962 Sekolah Kebangsaan Sura dibina.

 

Pada tahun 1963, Pejabat PWD terletak bersebelahan Balai Polis Daerah Dungun dipindahkan secara rasmi ke Pejabat JKR sekarang (PWD 250) bernilai RM43,716 dan Jambatan Dungun dibina menghubungkan Kampung Tanjung Pagar dan Tanjung Batu sepanjang 161.5 meter. Pada tahun 1964 Jambatan Paka dibina sepanjang 365.6 meter.

 

Perkhidmatan pertama yang digunakan untuk menuju ke Dungun adalah Feri pada tahun 1952 dengan menggunakan dua batang sungai iaitu Sungai Dungun dan Sungai Paka. Perkhidmatannya bermula dari Kampung Seberang Pintasan menuju ke Tanjung Kuala Dungun berhampiran dengan Pejabat Kastam. Perkhidmatan feri berpindah dari Kampung Seberang Pintasan ke Jeti Sungai Penaga dan dari Jeti Sungai Penaga ke Tanjung Batu Enam atau Tanjung Pagar.

 

Pada tahun 1957 berlaku tragedi menyayat hati di mana sebuah bas dari Kuala Terengganu menaiki feri dari Tanjung Batu ke Tanjung Pagar melanggar kereta di hadapannya. Mengakibatkan bas dan kereta terhumban ke dalam Sungai Dungun (23 orang penumpang bas dan semua kereta penumpang terkorban. Selepas Jambatan Dungun siap dibina banyak peristiwa kemalangan ngeri dan menyayat hati berlaku (melibatkan beberapa buah kereta).

 

Pada tahun 1964, Masjid Intan Zaharah dibina terletak di Kampung Molek bernilai RM133,229.92 dan sebuah hospital dinamakan Rural Hospital Dungun bernilai RM776,000 di Jalan Paka siap sekitar tahun 1967.

 

Sekitar tahun 1940-an perlombongan bijih besi di Bukit Sepi bermula di mana ‘railways’ atau jalan kereta api melalui celah-celah lereng bukit dan merintasi anak-anak sungai di kawasan pendalaman Dungun dibina dari sama ada orang Jepun atau British untuk menghantar bijih besi dari Bukit Besi ke Kampung Sura Jetty dengan menggunakan wagon. Penduduk Daerah Dungun sukar untuk berkunjung ke Bukit Besi maha pihak kerajaan melalui JKR membina sebatang jalan dengan menggunakan tenaga buruh JKR dan peralatan utama yang digunakan ialah cangkul burung.

Sura Gate adalah sebuah pekan dianggap sebagai ‘ Bandar Daerah Dungun’ yang meriah setiap masa disebabkan apabila tibanya kereta api mel dari Bukit Besi sampai. Bandar Sura Gate diberi nama kerana terdapat sebuah ‘GATE’ yang merintangi ditengah jalan di antara Kolej Teras Timur hingga Medan Selera sekarang. Gate akan ditutup apabila kereta api melintasi jalan berkenaan untuk menghantar bijih besi ke Sura Jetty terletak di Pantai Sura di panggil O-File.

 

Pada tahun 1970 Ibu Sawat Telefon terletak di Jalan Nibong (sekarang Kedai Telekom) dibina. Pada tahun 1972 Mahkamah Seksyen dan Majistret di Jalan Pejabat dibina.

 

Pejabat Bekalan Air dibina adalah di bawah pengawasan JKR yang bernilai RM51,072 bercantum dengan Pejabat JKR Dungun melalui gajah menyusur di antara Pejabat Bahagian Jalan. Pada pertengahan 1980-an Pejabat JBA di asingkan dari Pejabat JKR dan dijadikan sebagai Bahagian Kontrak.