KANDUNGAN DOKUMEN TENDER
KANDUNGAN DOKUMEN TENDER
DOKUMEN TENDER
Antara kandungan yang patut ada di dalam sesuatu dokumen tender adalah:
Arahan kepada penender
Spesifikasi-spesifikasi
Borang-borang tender
Surat Setujuterima
Syarat-syarat tender
Terma-terma kontrak
Bills of Quantities/Ringkasan tender
Jadual Kadar Harga
Lukisan teknikal serta pelan
Cadangan-cadangan pemindahan teknologi
Prestasi/Track record
Profail/Kedudukan kewangan petender
Perkara-perkara lain yang berkaitan
Klausa utama yang perlu dimasukkan di dalam dokumen tender kerja
Agensi-agensi dimestikan untuk menggunakanborang JKR Siri 203 (Pin. 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203 hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost Plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan asing jika pemakaian borang JKR Siri 203 ini tidak dipersetujui.
Bagi projek seperti yang tidak menggunakan borang JKR Siri 203, perkara-perkara berikut hendaklah dinyatakan di dalam dokumen tender, jika berkenaan:-
tempoh sahlaku tender,
larangan publisiti,
jadual pelaksanaan kerja,
tempoh siap kerja,
kelewatan dan lanjutan masa,
gantirugi yang ditentukan dan ditetapkan,
penamatan kontrak,
insurans kerja,
arahan perubahan,
terma pembayaran,
tempoh tanggungan kecacatan/waranti,
timbang tara, dan
terma-terma lain yang perlu bagi menjaga kepentingan Kerajaan.